Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
facebook twitter instagram Email

Life Of Nours

Kelmarin keputusan UPSR 2019 dah keluar. Dan harini last day persekolahan. Bermula la cuti sekolah yang ditunggu-tunggu ramai orang. Setelah berpuluh tahun tak pernah pun amik kesah pasal UPSR, kelmarin temankan kawan ke SRJK (C) Hwa Aik untuk amik result anak dia. Husband dia outstation.

Ye, kawan ni melayu, tapi dia sekolah kan anak-anak di sekolah ni. Ada dua orang anak dah bersekolah. Sorang baru masuk darjah satu.  Ikutkan, sekarang dah canggih kan, boleh check result UPSR melalalui SMS je, tapi kawan ni dia nak merasa elemen suprise dengan hadir ke sekolah dan amik result anak.

Pengalaman baru la bagi kami. Dia pun ini first anak yang amik UPSR. Memang rasa berbeza la dengan zaman Mak dan Aunty nya. Dulu-dulu kita cikgu tampal je result ni dekat papan kenyataan. Takde pun mak ayah datang amik sekali. Bukan mak ayah kita tak kesah, but macam tu caranya dulu kan.

Result UPSR satu Malaysia keluar jam 9 pagi. Tapi cikgu-cikgu minta ibu bapa datang ke sekolah jam 11 pagi. 10.45 kami tiba di sekolah. Ada la beberapa orang mak-mak yang nervous menunggu di kantin. Rasanya tak lebih dari 15 orang mak-mak yang ada. Mungkin parents yang lain bekerja atau tiada kesempatan untuk datang.

Jam 11 pagi, cikgu dan murid-murid masuk ke dewan. Adala dalam 34 orang murid dari 2 kelas murid tahun 6 di sekolah ni. Untung sekolah luar bandar ni, dan lagi untung sebab sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Cikgu dan murid-murid boleh lebih fokus.

Guru besar mulakan dengan beberapa ucapan, tentang pencapaian sekolah dan berita mengenai UPSR 2019. Bagusnya, guru besar selang selikan dalam Bahasa Melayu. Dan tibalah masa untuk Cikgu menyerahkan keputusan berserta report ujian psikometrik, report ujian kecerdasan, surat berhenti sekolah dan buku report sekolah (buku akademik sepanjang tahun).

Tumpang gembira dengan keputusan anak kawan. Dapat result yang mampu membanggakan mak dan ayah nya. Moga jadi anak yang berjaya dunia akhirat. Pada yang tak dapat keputusan yang diinginkan, kurang baik dan sebagainya, jangan putus asa. Masih panjang lagi perjalanan. Yang penting, jangan mengalah dan jaga peribadi dan sahsiah.

Lepas ni masuk fasa remaja, cabaran pada diri, pada ibu bapa, dan keluarga lebih hebat selepas ini. Moga yang baik-baik untuk semua.

Till next time ~

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


*Post ini hanya untuk pembacaan wanita dewasa*

Nasib setiap orang berbeza beza. Ada yang ditakdirkan laluan hidupnya mudah dan ada yang ditakdirkan penuh liku liku. Ada yang kaya ada yang miskin. Ada yang bekerjaya dan ada yang tidak. Begitu juga ada yang senang mendapatkan anak dan ada yang perlu melalui beberapa treatment untuk mendapatkan zuriat sendiri.

And for me, I am one of the chosen ones to go for treatment.

Dah 5 tahun berkahwin dan belum rezeki untuk menimang cahaya mata. But it's ok. No pressure from my parents dan alhamdulillah MIL pun cuba memahami takdir tuhan untuk kami. Walaupun dalam hati, hanya Allah yang tahu apa perasaan setiap kali soalan soalan dilontarkan. I already prepared myself for this. Kebalkan hati supaya tiada rasa sedih terluka menjelma.

I was diagnosed PCOS (Polycystic ovary syndrome). Tahun ke-3 perkahwinan kami, I went to see pakar kesuburan. I did not have any ideas how the treatment and checking will go on. No one prepared me for this. The first scan untuk check keadaan rahim dan telur di ovari. This is my first experience going thru this kind of scan. Boleh faham kot macamane perasaan terkejut bagai I feel at that time.

Lepas tu doktor bagi Clomid untuk makan hari ke-2 period dan scan balik hari ke-12. It's not easy and luck for me. Telur yang matang hanya satu itu pun tak berapa nak matang sangat. Then doktor suggest untuk undergo minor operation untuk besarkan liang liang Ovari. But at that time I was scared and need RM4K for that. So I decided untuk try treatment lain dulu.

Cuba cara tradisional, jumpa dengan Bidan. Berurut untuk naikkan rahim betulkan urat selama 3 bulan tapi belum rezeki kami. Baru-baru ni, one of my friend suggest to see another doktor pakar. Dia dah cuba dan alhamdulillah berjaya dapat another baby dan dah masuk 5 bulan pun baby girl.

Apa ituPCOS?

PCOS atau Polycystic ovary syndrome adalah masalah kesuburan yang berkaitan dengan hormon badan. I was diagnosed PCOS because I have this 3 sydromes.
  1. PCO (PolyCystic Ovarian).Bila scan, can see bulat bulat dekat dalam Ovari. Sepatutnya folikel tu kecil je tapi sebab syndrom PCO ni menyebabkan nampak besar.
  2. Oligomenorrhea.Haid yang tidak teratur. Tidak datang haid lebih dari 3 bulan or more.
  3. Androgen Excess.Ada bulu bulu lebih dimuka seperti misai atau janggut.
Orang yang ada PCOs ni terdedah dengan penyakit Diabetes, High Blood Pressure dan cancer. If tak datang haid dalam 3 bulan, better jumpa doktor dan dapatkan ubat untuk bagi datang haid. Risiko cancer bila tak datang haid, dinding rahim akan menebal dan menyebabkan cancer atau penyakit lain. Lain-lain orang, syndrome yang dihadapi mungkin berbeza. So better jumpa doktor untuk rawatan dan kepastian.

So untuk rawatan kali ini, my husband pun kena buat test jugak untuk tentukan apa rawatan yang terbaik untuk kami. Jangan ingat para suami semua tak perlu untuk rawatan kesuburan. Bukan mencari siapa yang salah or sakit. Obviously I am not healthy enough but untuk lahirkan baby, need both parties. Samada IVF, IUI atau medication treatment, semuanya bukan mudah untuk dilalui.

What I'm trying to say with this post is, tak semua orang  mempunyai nasib yang sama. Allah yang maha mengetahui apa rahsianya dan apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. 

Till next post!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Baru-baru ni ada terbaca di Facebook tentang depression. It's well written stories which I think worth reading and sharing. Sometimes kita skeptical dengan orang-orang yang menghadapi depression/gila/kurang siuman sebab kita rasa kita lebih baik. But after a life experience, my view changed and I've learned to understand people more.


TANGGA

Malam itu, aku terfikir untuk naik ke flat aku di tingkat sembilan, gunakan tangga. Aku tak tahu kenapa, tapi desakan hati tu sangat kuat, jadi aku turuti desakan itu. Esok pun aku bukan ada apa nak dibuat.

Aku mula mendaki tangga satu persatu. Langkah aku terasa amat janggal. Kekok. Mungkin kerana dah lama aku tak bersenam.

Sejak kebelakangan ni, aku kerja siang dan malam. Terpaksa overtime back to back. Tak pernah cukup rehat. Jadi, badan pun sentiasa letih dan lesu.

Tiba di tingkat 2, otot-otot aku mulai terasa perit dan aku mula mengah. Namun, aku gagahi diri untuk teruskan niat aku. Langkah demi langkah diorak.

Malangnya, tiba di tingkat 4, aku terpaksa mengalah. Lutut aku dah longlai. Dada aku terada berat. Menghela nafas pun dah tak larat. Ketika itu terbit rasa menyesal buat kerja gila macam ni, dan aku ambil keputusan untuk guna lif sahaja.

Semasa aku nak menuju korridor yang menempatkan lif, aku terdengar suara seseorang di tangga tingkat atas. Aku pasang telinga.

“Arghhh! Betul ke apa aku nak buat ni?”

Kedengaran seperti suara seorang lelaki. Suara lelaki itu terketar-ketar, macam suara orang yang bercakap sambil menahan sedu-sedan kesedihan.

“Ah! Dah tak ada ertinya semua ni!” dengus lelaki di tingkat atas itu lagi.

Aku melangkah menuju semula ke tangga dan mendongak ke atas, mengintai di celah-celah susur tangga. Tak nampak apa-apa, jadi aku melangkah perlahan-lahan menaiki anak tangga untuk meninjau dengan lebih dekat.

Beberapa langkah sebelum aku tiba di tingkat 5, jantung aku terhenti sedetik apabila terlihat susuk seorang lelaki berdiri di atas belebas. Wajahnya memandang ke bawah, tetapi setelah perasan kehadiran aku, di memalingkan mukanya tepat arah aku.

“Jangan dekat!” pekiknya.

Spontan, aku angkat kedua-dua belah tangan aku seperti di tahan polis. Aku tak tahu kenapa aku beri reaksi itu. Jantung aku berdetak kencang.

“Kalau kau dekat, aku terjun!” amar lelaki itu.

Mata kami bertentangan. Baru aku perasan bola matanya kelihatan terperosok dalam rongga soket matanya. Tulang pipinya tertonjol membuatkan dia kelihatan begitu cengkung.

“Saya Adam. Nama Abang siapa?”

“Kenapa kau nak tahu?” soalnya kembali.

“Saja nak berkenalan.” kataku.

“Kau berambus!” ujarnya menghalau aku.

“Abang tinggal tingkat berapa?”

“Sembilan. Kenapa kau kesah?” sindirnya.

Tak sangka dia berjiran dengan aku. Aku tak pernah pula nampak lelaki itu sebelum ini di tingkat sembilan.

“Samalah! Ni kenapa Abang kat tingkat lima ni?

“Sebab aku takut nak terjun dari tingkat sembilan.”

“Kenapa Abang nak terjun? Cuba cerita pada saya. Mana tahu saya boleh tolong.”

“Kau nak tolong aku? HAHAHA! Masalah kau pun kau tak boleh selesaikan, ada hati nak tolong orang. Hutang kau dengan Ah Long tu bila nak selesaikan?”

Aku tersentak mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut. Mana dia tahu tentang hutang aku? Ah! Mungkin dia tembak rambang je. Ramai je penghuni flat ni berhutang dengan Ah Long.

“Saya tak ada hutang Ah Long.”

“Kau jangan tipu. Kau hutang RM56,550 kan? Semalam dia orang ada call kau, beri masa sampai minggu depan untuk selesaikan. Betul tak?”

Jantung aku bagai dipicit bila terdengar jumlah yang disebutnya itu. Tidak lari walau sesen pun. Memang itu jumlah hutang aku. Memang itu masa yang diberi oleh Ah Long. Macam mana dia boleh tahu? Aku tak ada beritahu sesiapa.

“Mana Abang tahu semua ni?”

“Adam! Aku tahu semua pasal kau! Aku tahu kau ada syak bini kau main kayu tiga. Meh aku beritahu kau, dia memang curang! Kau tahu kenapa dia curang? Sebab kau tak ada duit!” ujarnya.

Jantung aku diramas-ramas oleh perkataan yang dihamburkan oleh lelaki yang berdiri di belebas itu.

“Tak! Tu tak benar! Alya dengan Haris tu cuma kawan tempat kerja.”

“Adam, kau ni bodoh! Senang senang kena tipu dengan betina murahan macam tu. Ingat sikit, mana ada perempuan suka lelaki yang miskin macam kau!”

“Tak! Alya bukan perempuan macam tu!”

“Kau tak payah nafikan. Masa kau terserempak dia dengan Haris hari tu, kau jumpa dia orang kat mana? Dekat restoran mewah kan? Berdua kan? Mesra bukan main lagi mereka. Lagi pun, buat apa kau bela perempuan yang sebabkan mak kau mati?”

Aku jadi bingung. Kenapa lelaki tu tahu semua pasal aku. Kenapa dia tahu semua pasal masalah aku. Aku tak pernah beritahu sesiapa pasal ni.

“Kau siapa? Mana kau tahu semua pasal aku?”

“Adam! Kau dengar aku baik-baik. Hidup kau sekarang tak ada guna. Bila kau sampai rumah kau nanti, bini kau akan tanya pasal surat yang kau tertinggal dalam kocek seluar kau tadi. Surat kau diberhentikan kerja. Dia akan minta cerai. Lepas tu, hak penjagaan anak kau, akan dapat pada dia, sebab dia ibu, dia bekerja. Kau akan tinggal sehelai sepinggang. Tak ada isteri, tak ada anak, tak ada kerja. Yang ada hanya hutang berjumlah RM RM56,550. Buat apa kau bela betina tu?”

Celaka! Berani tuduh bini aku macam tu. Telinga aku panas dibakar amarah. Kepala aku berdenyut-denyut menahan gejolak yang bersarang di dada.

“Kau pengecut! Kau naif! Kau lelaki lemah dan dayus! Tak ada tempat untuk kau dibumi ini. Orang macam kau lebih baik mati!” pekik lelaki itu

Dijana letusan kemarahan, aku nekad menerpa ke arah lelaki untuk menolaknya dari belebas. Bukan aku yang harus mati, tapi bedebah itu yang harus mati.

Sebaik sahaja aku menyentuh tubuhnya, lelaki itu merangkul batang leher aku dan meruntun ke ke arah tebing belebas. Aku hilang keseimbangan, dan terhumban menjauhi bangunan…

Aku tak ingat apa yang berlaku selepas itu. Sedar-sedar aku sudah di hospital. Seluruhh badan aku sakit. Kaki aku kebas. Aku tak boleh gerakkannya.

***

Itu cerita Adam.

Adam telah dirujuk kepada ke Jabatan Perubatan Rehabilitasi untuk rawatan lanjutan ‘traumatic SCI L2 AIS A’. Dalam bahasa mudahnya— kecederaan trauma saraf tunjang yang menyebabkan lumpuh total di paras pinggang dan ke bawah.

Bila aku sebut total, aku maksudkan lumpuh motor dan juga sensori 100%. Adam tak boleh kawal dan rasa langsung anggota kakinya, malah tak boleh rasa dan kawal kencing dah beraknya.

Dia juga dibawah pemantauan doktor psikiatri.

Depressi bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental dan komplikasi yang lebih parah.

Adam kata tak cuba bunuh diri, namun saksi kejadian berkata sebalikanya. Adam berdiri di belebas, dan dipujuk oleh beberapa penghuni rumah pangsa agar tidak terjun. Namun, Adam bercakap seorang diri sebelum melemparkan dirinya dari tingkat lima.

Adam hanya boleh terima kenyataan bahawa lelaki itu tidak wujud apabila dia lihat cermin. Sebenarnya lelaki itu adalah dirinya. Dia tak sedar wajahnya dah secengkung itu. Depressi menyebabkan dia hilang self awareness. Kata-kata lelaki itu adalah kata-kata lubuk hatinya.

Bila ada kes cubaan bunuh diri, tak usahlah kita sewenang-wenangnya label mereka sebagai tak kuat iman, calon neraka atau apa-apa nama yang hina. Kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan hadapi. Kadang-kadang mereka tak niat pun nak bunuh diri.

Kita perlu bantu mereka, bukan tambah bebanan minda mereka. Bukan jadikan mereka bahan jenaka.

Apapun, kini Adam dah bebas daripada hasutan-hasutan negatif. Dia kini seorang OKU lumpuh kedua-dua belah kaki yang mampu berdikari sendiri. Dia pesan agar aku sampaikan cerita ini, agar orang ramai faham masalah orang sepertinya.

Maka kalian bukalah minda, lapangkan dada, dan fikirkan perkara ini.

Kerana ada kea-kes seperti Adam inilah, saya dan beberapa orang rakan telah menubuhkan Suicide Rescue Team Malaysia. Team ini akan turun padang untuk bantu sesiapa yang dilaporkan ada cubaan membunuh diri.

Team ini perlukan sokongan orang ramai. Buat masa ini kami hanya beroperasi di sekitar Lembah Klang. Jika anda mempunyai masalah sehingga terfikir menamatkan nyawa, maka hubungi page kami.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kami sedia mendengar

Source:Facebook
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Ujian kita berbeza³. Bertabahlah 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
I like perfume very much. Tak boleh la lalu dekat kawasan perfume dekat mall, nanti mesti nak terbeli. Zaman-zaman bujang dulu, asal tinggal separuh botol je mesti beli yang baru. And boleh kata 3-4 month la per bottle of 100ml perfume i use to wear. Now not so bad la. Tinggal sikit dah betul-betul nak habis baru la beli.

Before raya haritu, my husband bought two bottles for me (yeay!) tahan la kot sampai hujung tahun kali ni haha. We went to Design Village, Penang and get a cheaper branded perfume at Beauty Scents.

perfume-1.jpg

Quatre Boucheron tu, dekat luar and bottle pun ada tulis harga RM445. But i got it for RM250. While DKNY Gold tu, Dekat luar RM200 but i got it for RM150 sebab tu 2nd purchase. Best kan!

Selain nak dapat cheaper price for perfume dekat outlet mall, ofkos dekat airport or oversea la. You can get cheaper price dari Malaysia. Less tax i guess.

Dalam banyak-banyak brand perfume that i had bought, my most favourite is Daisy Marc Jacob yang warna kuning (the right one). Thot nak beli dekat Beauty Scent Design Village tu, but takde ;(. Oh for note, not all perfume available there. Once stock finished, then its not guaranteed akan ada re-stock.

perfume-2.jpg

I bought Daisy Dream (yang biru tu) dekat Beauty Scent Design Village jugak. But I don't really like it sebab bau dia macam tak lekat. Very faint. Still Daisy kuning is the best. Tapi harga dia dekat mall still mahal. RM400++ macam tu.

Oh well my husband mesti bising kalau i beli perfume lagi. Maybe tahun depan pulak la baru dapat beli yang baru ;(.

Till next post. Tata~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
May 2012, because of a company trip to Korea, I have to settle my PTPTN. Yela tak rajin nak bayar until getting blacklisted from going out of Malaysia or dengan kata lain immigration blacklist. At that time, in order to clear my name from the immigration blacklist, I need to pay 2K and samada potongan gaji or standing instruction for PTPTN to released my name from immigration blacklist.

I chose to do standing instruction from my Maybank account every month.

So I’ve been paying my PTPTN thru standing instruction for 5 years and almost finished. I decided to pay the remaining amount but need to stop the standing instruction first. With using standing instruction, you need to manually stop or cancel it, or else it will keep on paying PTPTN from your account even tho you are debt free from PTPTN. Need to do it at least 7 days before the deduction day.

Last month  I went to Maybank Kangar to make the cancelation. Need to fill in form and make sure your signature is the same when you sign in the standing instruction form (that’s what they’ve told me). I guess your signature won’t change much right even after 5 years haha. A few days after that I received a call from Maybank to verify my standing instruction cancelation form. Yada yada yada…he said to confirm I need to wait to see if there’s any deduction make the next month.

I checked my account on 5th June, and there is still a deduction for the PTPTN. I called Maybank customer service to find out about my cancelation, they said I need to check with the branch. I tried calling a few times but never answered. So I decided to go to the bank.

At the information counter, I asked the kakak there about the cancelation of my standing instruction that I’ve made last month. She kind of remembers I did it (she seems to have a pretty good memory or I’m the only one come to do the cancelation XD) and there is another guy colleague with her. And she seems shocked that my cancelation still not processed and was mumbling with her colleague friend about who’s in charge of it and look displeased. When you are working together, you kind of know who are lazy and who is not. She gave me that feeling.

So she went to the counter and come back to me tell me to go to the counter and asked for En. Haris. I went and asked for the person and question about my cancelation process. His desk is behind the counter and he walked to the counter with the blurred face and asking his other colleagues about either there is a standing instruction for PTPTN. Panas hati dah time ni. I answered yes I did standing instruction for my PTPTN. As if I’m stupid enough not knowing what the hell I did for my account.

So he asked for my IC and went back to his desk. While checking whatever he needs, he asked me where I live etc and if I’m going to KL anytime soon. I was like “apa ko merepek labu” face. Then he comes back with some info he has jotted down, and said to me “Standing instruction Cik ni masih aktif, kami dah hantar pada HQ tapi kami tak boleh pastikan HQ terima atau tidak”. Can you imagine how I felt at that time? What stupid nonsense he talked about. I asked him then what am I supposed to do? go to HQ myself or call HQ. He said no need, I just need to refill again and he will make sure it will be sent by today. That got me thinking, he actually did not process my cancelation form in the first place! So rage at that time but I don’t want to create a scene, so I just do as he asked me to do. Went back to info desk counter where the kakak earlier looks surprised by his colleague (Abdul Haris) advise and slowly retrieve a new form for me to fill in. I know she also displeased of his action.

I filled in again a new form and as advised by that kakak to asked from Abdul Haris a copy of the forms a evidence of my submission. I never have any copy for my earlier submission because they did not give any. And at the first time how would I know to asked for one. When I asked him, he even said he will give me a copy of GDEX form. I’m not sure why they need to send the original and physical form. Not sure why the process of this cancelation like really old skool.

Once all done, on my way back. I called Maybank customer service because i feel so angry and dissatisfied with how they handle this. Customer service give me the HQ number and asked me to call back tomorrow because it’s already closed.

IMG_6637
Copy of my cancelation form. Yang penting cop pengesahan tu.

Patiently i waited and call HQ the next day. Yada yada yada I finally talked to the person in charge and I tell him my case. He said it should be the branch calling them…well he should right but he did not even call because he did not process my earlier cancelation. And i told him about the GDEX and he said the address is not even right so he asked me to just send a copy of my form. And the next day,
So easy. I mean it should be this way right. Every system is upgraded why can’t they upgrade the process.

Assalam Cik,
Standing Intruction saya dah cancelkan, so next month dah tak ada deduction lagi.

Or maybe on that day, I should demand for the branch manager hahah. But at that moment to angry to think of anything.

So when you wanted to cancel standing instruction on Maybank account, this is the step.
  1. Fill in form
  2. Ask for a copy as an acknowledgement that they received your forms
  3. Asked for how long will it take to process (according to one of my call to customer service, they said have to asked the branch about it)
Well this a long ranting from me lol. Have a nice day everyone!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pejam celik pejam celik, dah masuk Ramadhan. At this age, everything seems to be so fast. Hope there will many more years for us to live and beribadah. Amin.

Anyway, this will short post i guess. Just want to wish everyone who's reading this (if there any) have a good Ramadhan, Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa.

salam-ramadhan-lon.jpg
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Life of Nours

Life of Nours

Three best friends for life and awesome plain Jane (lol). Kami ni penulis yg hampir pada realiti a majority of rakyat Malaysia. Bukan orang kaya, bukan social media influencer, bukan muda remaja. Hanya manusia biasa. Hope you guys enjoy our stories!

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Blog Archive

  • November 2019 (1)
  • December 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (1)
  • August 2017 (1)
  • June 2017 (1)
  • May 2017 (5)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates