Kelmarin keputusan UPSR 2019 dah keluar. Dan harini last day persekolahan. Bermula la cuti sekolah yang ditunggu-tunggu ramai orang. Setelah berpuluh tahun tak pernah pun amik kesah pasal UPSR, kelmarin temankan kawan ke SRJK (C) Hwa Aik untuk amik result anak dia. Husband dia outstation.
Ye, kawan ni melayu, tapi dia sekolah kan anak-anak di sekolah ni. Ada dua orang anak dah bersekolah. Sorang baru masuk darjah satu. Ikutkan, sekarang dah canggih kan, boleh check result UPSR melalalui SMS je, tapi kawan ni dia nak merasa elemen suprise dengan hadir ke sekolah dan amik result anak.
Pengalaman baru la bagi kami. Dia pun ini first anak yang amik UPSR. Memang rasa berbeza la dengan zaman Mak dan Aunty nya. Dulu-dulu kita cikgu tampal je result ni dekat papan kenyataan. Takde pun mak ayah datang amik sekali. Bukan mak ayah kita tak kesah, but macam tu caranya dulu kan.
Result UPSR satu Malaysia keluar jam 9 pagi. Tapi cikgu-cikgu minta ibu bapa datang ke sekolah jam 11 pagi. 10.45 kami tiba di sekolah. Ada la beberapa orang mak-mak yang nervous menunggu di kantin. Rasanya tak lebih dari 15 orang mak-mak yang ada. Mungkin parents yang lain bekerja atau tiada kesempatan untuk datang.
Jam 11 pagi, cikgu dan murid-murid masuk ke dewan. Adala dalam 34 orang murid dari 2 kelas murid tahun 6 di sekolah ni. Untung sekolah luar bandar ni, dan lagi untung sebab sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Cikgu dan murid-murid boleh lebih fokus.
Guru besar mulakan dengan beberapa ucapan, tentang pencapaian sekolah dan berita mengenai UPSR 2019. Bagusnya, guru besar selang selikan dalam Bahasa Melayu. Dan tibalah masa untuk Cikgu menyerahkan keputusan berserta report ujian psikometrik, report ujian kecerdasan, surat berhenti sekolah dan buku report sekolah (buku akademik sepanjang tahun).
Tumpang gembira dengan keputusan anak kawan. Dapat result yang mampu membanggakan mak dan ayah nya. Moga jadi anak yang berjaya dunia akhirat. Pada yang tak dapat keputusan yang diinginkan, kurang baik dan sebagainya, jangan putus asa. Masih panjang lagi perjalanan. Yang penting, jangan mengalah dan jaga peribadi dan sahsiah.
Lepas ni masuk fasa remaja, cabaran pada diri, pada ibu bapa, dan keluarga lebih hebat selepas ini. Moga yang baik-baik untuk semua.
Till next time ~